Header Ads

kertas kerja seminar Universiti Malaya



Foto barisan Ajk seminar




PERANAN MANUSKRIP JAWI NUSANTARA DALAM PEMBINAAN SAHSIAH BERTAMADUN: ANALISIS LATAR BELAKANG DAN KANDUNGAN KITAB HIDAYAH AL-SALIKIN.

Dr. Khadher bin Ahmad
Prof. Madya Dr Ishak Hj. Suliaman

Peranan manuskrip atau kitab-kitab Jawi di Nusantara adalah sangat penting dalam proses pembelajaran dan pengajian di kalangan masyarakat di Alam Melayu. Secara tidak langsung ia juga telah membantu ke arah pembentukan sahsiah peribadi Muslim yang sejajar dengan tuntutan dan bertepatan dengan kehendak syariat Islam itu sendiri. Bahkan, Nabi S.A.W. menjadi contoh yang terbaik ke arah pembentuk peribadi dan akhlak tersebut, yang jelas digambarkan oleh Allah S.W.T. dalam al-Quran,
Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.” ( Surah al-Ahzab: 21) Kitab Hidayah al-Salikin atau judul lengkapnya Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin adalah sebuah kitab dalam bidang tasawuf yang memberi tumpuan dalam pembentuk akhlak peribadi Muslim melalui penekanan terhadap adab-adab dan beberapa tuntutan ke arah kesempurnaan amalan seorang Muslim. Artikel ini akan cuba memberikan satu perbahasan khusus terhadap kitab Hidayah al-Salikin dengan tumpuan kepada penjelasan dan perbincangan tentang sejarah dan latar belakang serta meliputi beberapa perkara lain yang menyentuh tentang cetakan dan terbitan, kandungan perbahasan kitab serta aspek-aspek tasawuf yang diketengahkan yang secara tidak langsung membantu dalam membentuk peribadi Muslim yang bersahsiah.



PRINSIP-PRINSIP AHLI AL-SUNNAH DAN AL-JAMA’AH : PENGENALAN DAN TERJEMAHAN MELAYU WASIYYAH IMAM ABU HANIFAH

Mohd Anuar Mamat , Basri Husin , Mohd Manawi Mohd Akib

ABSTRAK

Imam Abu Hanifah merupakan salah seorang sarjana dan mujtahid agung dalam Islam. Beliau telah meninggalkan beberapa karya berharga kepada umat Islam sama ada dalam bidang akidah mahupun fiqh melalui nukilan daripada para pelajar beliau. Antaranya ialah salah satu wasiat yang memerihalkan prinsip-prinsip Ahl al-Sunnah dan al-Jama‟ah. Dalam wasiat tersebut beliau berpesan secara khusus kepada para pelajarnya (ashab dan ikhwan) supaya sentiasa berada dalam golongan Ahl al-Sunnah dan al-Jama‟ah dan tidak terperangkap dengan golongan pelaku bid‟ah (mubtadi‟) ataupun golongan pengikut hawa nafsu (sahib hawa). Beliau seterusnya merumuskan sebanyak 12 prinsip Ahl al-Sunnah dan al-Jama‟ah yang perlu dilazimi oleh semua umat Islam. Wasiat sebegini amat penting diketengahkan kepada masyarakat Melayu kini untuk menjelaskan prinsip-prinsip golongan Ahl al-Sunnah dan al-Jama‟ah khususnya kerana ia belum lagi diperkenalkan serta diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Justeru, kertas kerja ini akan mengemukakan pengenalan mengenai Abu Hanifah, penisbahan Wasiyyah kepada beliau, ulasan ringkas kandungan teks dan seterusnya terjemahan Melayu wasiat tersebut kepada Bahasa Melayu. Walaupun ia hanyalah wasiat ringkas yang hanya berbentuk matan, pada pandangan penulis ia memadai untuk menjadi prinsip dan panduan dalam mendepani cabaran akidah masa kini.
Powered by Blogger.